Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,
Saya rasakan tahun ni berlalu dengan pantas hinggakan rasanya banyak lagi saya belum buat.
Hari ini, saya nak kongsi sedikit ilmu tentang "BRANDING" menerusi website. Saya pasti, ramai yang dah ada laman web/website/blog sendiri, atau dah mula berjinak-jinak nak buat website/blog, atau pun sedang berkira-kira nak membuat website/blog sendiri.
Kalau anda semua dah bersedia, anda boleh jadikan website/blog anda sebagai "CENTER" atau "PUSAT" bagi semua aktiviti pemarasan dan perniagaan internet anda. Setiap hari, ada saja individu yang memulakan perniagaan di internet dan memiliki nama domain sendiri. Bagaimana dengan anda? Dah ada website? Nama domain sendiri?
Penting ke nama domain ni? Contoh nama domain adalah seperti www.google.com,
www.yahoo.com, www.convistudio.tk, www.convistudio.com dan sebagainya.
Tak kiralah apa juga perniagaan atau blog yang anda berkira-kira nak buat atau dah buat, nama domain memainkan peranan pening untuk memperkenalkan anda dan perniagaan /produk anda.
Cuba layari www.google.com, masukkan "kata kunci"
bagi perkara yang ingin anda cari, dan kita boleh lihat banyak maklumat yang kita cari tu.
Boleh dikatakan lebih dari 90% pengguna internet tahu apa itu Google.
(10% lagi mungkin terlalu baru tentang internet. Sebut sahaja Google, orang akan tahu itu adalah laman web "enjin carian". Ini menandakan Google adalah merupakan
satu BRAND yang sangat popular!
Di sini pentingnya anda mewujudkan BRAND anda sendiri dengan segera untuk memperkenalkan anda atau perniagaan anda kepada pengguna internet yang lain.
Ringkasnya, jika anda belum memiliki nama domain anda sendiri sebagai "PUSAT" / "BRAND" anda, dapatkan segera. Makin hari makin ramai pengguna internet yang membeli domain. Jadi, dapatkan nama domain idaman anda sebelum terlambat.
Nama domain boleh jadi nama anda sendiri, nama perniagaan anda, nama blog anda, atau apa sahaja nama yang anda rasakan sesuai dengan jenis perniagaan/blog anda. Cari dan dapatkan satu nama domain yang mungkin komersial / unik / menarik.
**************************
Bagaimana nak beli domain?
**************************
Jika anda ada kad kredit, saya syorkan anda terus beli daripada
penyedia seperti www.namecheap.com atau pun www.register.com. Anda mendapat "control"
sepenuhnya terhadap domain anda.
Jika tiada kad kredit, maka anda boleh dapatkan nama domain
di www.profitablehosting.tk.
Lakukan tempahan di situ. Harga domain adalah RM40/tahunan. Jika anda turut berminat untuk mendapatkan hosting, anda boleh pilih apa - apa plan di sini.
Sebagai usaha membantu anda "bermula", profitablehosting.tk menawarkan potongan diskaun 50% untuk setiap pelan yang ditawarkan bagi yuran tempahan pertama kali untuk tempoh 1 tahun pertama.
Ini bererti anda boleh mendapatkan mana - mana pakej di situ dengan kos separuh daripada harga asal. (contoh, RM70 akan jadi RM35 untuk yuran tahun pertama).
Jadi bagaimana? Kalau ada kemusykilan, boleh emel saya atau tinggalkan komen anda disini.
Thank you.
Fardaus
No comments:
Post a Comment